Iftar Jam'i Bunga Ulam Raja

Haiku Jemputan Ke-10 eSasterawww.communityzero.com/haiku

Senyum si manja
Dapat cuti puasa
hampir seminggu

Abdullatip

Selesai iftar
Solat Maghrib dan Isyak
Nuzul al Quran

Abdullatip

Waktu berbuka
riang ria bersama
memadam duka

Dipinggiran

Berbuka juga
Senyuman warga kota
Rindukan desa…

Nakhoda
Johor Darul Takzim

Si gadis manis
Senyum melirik malu
Nasi tak habis


Airmas_sz

Wajah ceria sabar
Menunggu Iftar
Itu si manja

Abdullatip

Jauh di kota
Berbuka di asrama
Tersenyum ria

Nakhoda
Johor Darul Takzim

Senyumlah senyum
Enak buka puasa
Debar SPM

Hasimah Harun
Kuala Lumpur

Selera hidup
Ramadhan di asrama
Iftar Jam’i

Abdul Atan Din
Menara Kejuruteraan, Serdang

Mengukir senyum
kesabaran ditempuh
dugaan iftar

Dipinggiran

Nikmat puasa
Saat paling gembira
Menunggu iftar

Abdullatip

Ihya Ramadan
Rahmat, maghfirah, hikmah
Senyum... menanti

Arisel Ba
Kuantan, Pahang

Manisnya senyum
menanti detik iftar
tak boleh puasa...

Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur

Haiku eSastera
www.communityzero.com/haiku

Bunga berulam
Bunga makanan raja
Pokok bertimpa

Muhammad bin Ali
mba2u.blogspot.com

   
Hakcipta Terpelihara 2003
Foto: Ibnu Ariff
Haiku: Ahli-ahli Komuniti eSastera